Monday, 6 May 2013

"...Kisah PRU 13..."

Assalamualaikum^-^....semua...
   Haaa....nie nak citelah pasal PRU 13 nie....Kisahnya taklah bagus sangat but ada aku kisah.Haa....aku punya pengalaman OTW balik kelantan my kg. halaman tanah kelahiran ku..itu...Korang tau time mula-mula nak OTW pun dah start jem....then....sehinggalah ke Kelantan.Kalau aku dapat gambarkan macam time hari rayalah...sebabkan semua orang balik ke kg.-kg. halaman untuk menunaikan tanggungjawab ini.

   Tengok jem...panjangkan...meriah gila....PRU 13 nie...memang meriah abislah...aku cuma sabar jea duk dalam kereta tuuu sambil tuuu...buat konsert percuma dan memekak tanpa dipinta..haaa...sekali sekala kena marah dengan umi,kak long dan abah haaa....poyo aku nie...Kemudian di sepanjang perjalanan aku...aku tengok bendera-bendera yang di gantung kes tak ada kerja so aku pun...jadi photographer sekejap...nak tengok niee...dio...





   Inilah suasana yang aku dapat lihat time OTW balik hari tuuu...memang pening jea...aku tengok penuh bendera berkibar Biru dan Hijau..Terbaik...Papepun...ini suasana di Pasir Mas,Kelantan...
Setibanya,malam aku dapat melihat perarakan motor dan kereta bagi PAS dan BN.Sama-sama meriah dan gempak macam-macam kerenah aku tengok ada yang terlebih bersemangat....yang pentingmalam tu...aku memang tidur lambat bersama-sama merasakan kemeriahan malam terakhir sebelum mengundi iaitu pada 5/5/2013....Hari yang bersajarah pada tahun ini...

   Seterusnya,keesokkan hari aku sekeluarga perlu bangkit awal untuk pergi mengundi sebab di belah pagi Umi dulu mengundi selepas itu kami perlu terus pulang ke Besut,Terengganu untuk giliran Abah mengundi pula...memang memenatkan....aku punya mengatuk tak lepas lagi...dah kena goyang dek kereta...sedih berbenor rasanya....
   Kami bertolak balik setelah umi siap melaksanakan tugasnya...dan kami pulang tepat pukul 11am.Giliran abah pula untuk mengundi dan abah balik pada pukul 3pm.Kemudian malam mula mejelma.Kisahnya,semua tunggu depan tv nak dapatkan keputusan PRU 13 sehingga pukul 1 lebih baru dapat tahu...penat gila..aku orang pertama mengatuk dan masuk tidur...minta maaf dulu lagi...
   PRU 13 kan penting bagi menentukan siapa pentadbir baru negara kita.Namun,alhamdulillah kerajaan kita masih mengekalkan pentadbiran yang sama iaitu oleh pihak BN.Aku tidak berpihak pada sesiapa pun kerana aku masih di bawah umur tapi tahun depan issya-allah aku dah layak untuk bercakap sepenuhnya soal politik sebab tahun depan umur aku 21 tahun.
   Tahun nie aku belum berkesempatan untuk mengundi.So,issya-allah pada tahun-tahun akan datang akan aku merasai pengalaman ini.Aku tak sabar nak jadi salah seorang pengundi sebab nampak macam seorang bertanggungjawab jea.Selain,dapat menyumbang bakti kepada negara tapi aku dapat berkongsi pendapat dalam memilih calon terbaik untuk mentadbir negara kita.Meriah jea aku nampak orang mengundi...Korang rasa aku bercakap macam main-mainkan.Ini seriuly itu yang aku nampak dan rasai...time hampir PRU 13..haa...terbaik....
   Akhir kata,pengalaman baru dalam hidup aku pada tahun ini.Ianya sejarah baru yang sedang aku fahami dalam hidup aku ni...smile 4rever....

No comments:

Post a Comment